Kilang Nanas Baharu di Tanjung Manis Pacu Pertumbuhan Industri

Tanjung Manis bakal menyaksikan satu transformasi besar dalam industri pertanian apabila sebuah kilang memproses dan mengeluarkan produk nanas berskala besar dijadualkan siap selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Pembinaan kilang ini disambut baik oleh para pengusaha nanas di Sarawak yang melihatnya sebagai langkah penting dalam memperkukuh rantaian nilai industri nanas negeri itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Melayu Bintango, Dr. Loji Saibi, kilang ini akan menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan industri nanas di kawasan berkenaan. “Dengan adanya kemudahan ini, para pengusaha tidak lagi perlu bimbang mengenai pemasaran hasil mereka, terutamanya untuk memenuhi permintaan pasaran eksport,” ujarnya.

Sebagai pengerusi persatuan yang turut terlibat secara langsung dalam projek penanaman nanas, beliau optimis bahawa inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada penduduk setempat serta mengangkat imej Sarawak sebagai pengeluar nanas berkualiti tinggi.